Hari ini, 3 Feb 2021, lawatan kerja oleh Tuan Hj Suhaimi bin Abdullah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah(KPPD) Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah ke SMK Penanti baru sahaja selesai sebentar tadi.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dalam usaha menangani isu covid 19 yang melanda dunia .

Beliau mengharapkan agar semua pihak memainkan peranan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.