June 18 2018 06:18:30
Like Pertal Penanti
Like Portal SMK Penanti
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan





Kepimpinan

Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Amin
bin
Senin

Pengarah
Pelajaran Pulau Pinang

Tuan Mohd Jamil
bin
Mohamed

Pegawai Pelajaran Daerah
Seberang Perai Tengah

Tn. Hj. Syed Jaafar
bin
Syed Abd Aziz

Pengetua Cemerlang
SMK Penanti

Tn. Hj. Mohd. Munir
bin
Md Ramli

Manu Utama
Selamat Hari Lahir
H Lahir Guru | H Lahir Pelajar
Seloka Isyarat Sang Babi Hutan


      Tajuk: ISYARAT SANG BABI HUTAN


      ========-::-========

      Apalah yang aku lakukaN,
      apalah yang aku katakaN;
      aku hanya seekor haiwaN,
      yang tak diberi akal fikiraN.

      Namaku pun orang beci sakaN,
      hingga namaku pun najis gelemaN;
      sama najis dengan badaN,
      tersentuh?..samak 7X basuhaN.

      Bagi orang kuat keIslamaN,
      akulah paling kotor di darataN;
      'paling hina' di kalangan haiwaN,
      nak sebut punnn...kena perlahaN.

      Itulah gambaran tahap kebenciaN,
      tetapi akupun makhluk TuhaN;
      makhluk yang dijadikan bertujuaN,
      semuanya dalam kudrah, pengetahuaN.

      Walau diriku dalam kehinaaN,
      dalam sekelip mata diviralkaN;
      gara-gara masuk masjid lambang kesuciaN,
      seluruh lapisan heboh memperkatakaN.

      Aku masuk ke rumah TuhaN,
      bukanlah keinginanku sendiriaN;
      melainkan ianya adalah 'jemputaN',
      atas 'perintah' dari TuhaN.

      Tempat tinggalku di hutan simpaN,
      tiada masa nak campur urusan kemanusiaaN;
      lebih baik jaga keluarga di hutaN,
      ini melainkan..'perintah TuhaN'.

      Apa engkau ingat Allah tak perasaN?,
      melihat seekor babi penuh kehinaaN;
      yang perlu disamak semua berkaitaN,
      masuk rumahNYA yang penuh kemuliaaN?.

      Tahukah tuan/puan disitu ada persoalaN?,
      aku haiwan 'PALING HINA' dikatakaN;
      masuk tempat 'PALING SUCI' didarataN,
      adakah ia bukan 'isyarat' peringataN?.

      Ada masjid (bukan keseluruhaN),
      bukan tempat mencari ganjaraN;
      bukan tempat mencari kemuliaaN,
      tapi tempat 'berunsur' keduniaaN.

      Masjid rumah Allah di darataN,
      jadi kemegahan serta kebanggaaN;
      jadi perebutan serta pertelingkahaN,
      jadi perkelahian serta permusuhaN.

      Ada aktiviti masjid..sepi kesunyiaN,
      berbagai 'umpan' mahukan sambutaN;
      tapi lebih 'umpatan' dari kehadiraN,
      malah... celupar, 'sinis' memperkecilkaN.

      Karpet yang aku 'tekan-tekaN',
      luas, gebu, cantik tiada tandingaN;
      tapi jamaah 3,4 saf di hadapaN,
      sibuk, kerja, penat..alasaN.

      Kalau masjid jauh..tinggal sebelahaN,
      kalau kepenatan..takkan berpanjangaN;
      tiada maklumat..dengar berbagai saluraN,
      benci pengerusi?..masjid milik Tuhan.

      Hina aku bukan bergelumbang keingkaraN,
      Tetapi kerana patuh pada perintah Tuhan;
      sedangkan engkau yang rasa kehormataN,
      sering saja tertipu dik syaitaN,

      Sedangkan matiku, tanah tempat akhiraN,
      sedangkan engkau, dibalas setiap perbuataN';
      melupakan peranan masjid penuh 'kelalaiaN',
      sedarlah manusia selagi ada kesempataN.

      Hak Cipta Terpelihara © 2018
      Al-Faqir, Ahmad bin Buang,
      SMK Penanti
      12 Mac 2018
      24 JamdilAkhir 1439
      10.45 PM



      Artikel ini dimuat naik pada : Selasa, 14 April 2016

Pentadbir SMK Penanti
Pengguna ditalian
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1
· Newest Member: admin
Info SMKP
Trafik Pengunjung
Sila Tinggalkan Komen Anda
Please Leave Your Message
Kalendar
Kalendar Hijrah
Jumlah Pelawat Sehingga Kini = 64,910 Orang