August 16 2018 05:50:38
Like Pertal Penanti
Like Portal SMK Penanti
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan





Kepimpinan

Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Amin
bin
Senin

Pengarah
Pelajaran Pulau Pinang

Tuan Mohd Jamil
bin
Mohamed

Pegawai Pelajaran Daerah
Seberang Perai Tengah

Tn. Hj. Syed Jaafar
bin
Syed Abd Aziz

Pengetua Cemerlang
SMK Penanti

Tn. Hj. Mohd. Munir
bin
Md Ramli

Manu Utama
Selamat Hari Lahir
H Lahir Guru | H Lahir Pelajar
Seloka Takdir Sekilo Ikan


      Tajuk: TAKDIR SEKOLO IKAN


      ========-::-========

      Allah Penentu sesuatu kejadiaN,
      Yang sudah atau belum dijadikaN;
      Dari sekecil hingga sebesar kajdiaN,
      Hendak di adakaN atau di tiadakaN.

      Meliputi waktu, hari tempat kejadiaN,
      Sesaat tidak terlebih tidak berkurangaN;
      Bukan kerana terkhilap atau kebetulaN,
      Semuanya kerana Maha Kuasa TuhaN.

      Sejak 'Azali' Allah sudah ditentukaN,
      Sebelum wujudnya setiap diri kejadiaN;
      Segalanya sudah berada di ilmu TuhaN,
      Tertakluk dalam "tanjizi qadim" TuhaN.

      Sudah berjodoh janin di kandungaN,
      Sudah bertuan karipap di gorengaN;
      Sudah berharga cili di semaiaN,
      Sudah bertempat ikan di lautaN.

      Kalau ini menjadi asas keimanaN,
      Lahir hamba bersifat kemuliaaN;
      Ridha, sabar segala ketentuaN,
      Tenang hidup penuh keinsafaN.

      Tiada rungutan dan kekesalaN,
      Tiada kekalutan, ketidak tentuaN;
      Keluh kesah, ketidak tenteramaN,
      Doa dan tawakkal jadi pegangaN.

      Tiada buruk sangka berlebihaN,
      Terhadap segala bentuk ketentuaN;
      Seolah-olah tidak adilnya TuhaN,
      Sedangkan Dia pencipta kejadiaN.

      Sehingga keluar suatu 'kenyataaN',
      Contoh kenyataan sebagai tamsilaN;
      'Lambat ke rumah kenduri rakaN,
      Tak ada tempat tak dapat makaN'.

      Jika rezeki kita Tuhan tentukaN,
      Tiada siapa yang akan makaN;
      Tuhan tentukan dalam 'ribuan pinggan',
      Walau bertahun ..nasi menanti tuaN.

      Kalau sudah rezeki milik tuaN,
      Yang di udara datang berterbangaN;
      Yang di bumi datang berhemburaN,
      Yang jauh datang berpasangaN.

      Juga...segala bentuk keperluaN,
      Apa yang dipakai, makaN;
      Sejak detik hari kelahiraN,
      Sehingga detik hari kematiaN.

      Segala bentuk kesenangaN,
      Segala bentuk kesusahaN;
      Segala bentuk permulaaN,
      Segala bentuk pengakhiraN.

      Hidup dan mati haiwan, tumbuhaN,
      Banyak sikitnya, kurus kesuburaN;
      Rezeki keperluan dan keberadaaN,
      Siapa pemilik 'diri', siapa tuaN.

      Segala keperluan harian insaN,
      Yang berada di pasar hariaN;
      Untuk esok, minggu hadapaN,
      Untuk dimasak atau disimpaN.

      Sehinggakan...Sekilo ikaN,
      Sudah DITENTUkan siapa tuaN;
      Siapa pembeli, tuan pilihaN,
      Untuk dijadikan lauk hidangaN.

      Hak Cipta Terpelihara © 2018
      Al-Faqir, Ahmad bin Buang
      SMK Penanti
      4 Mac 2018 M
      16 Jamdil Akhir 1439 H
      12.45 AM



      Artikel ini dimuat naik pada : Ahad, 4 Mac 2018

Pentadbir SMK Penanti
Pengguna ditalian
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1
· Newest Member: admin
Info SMKP
Trafik Pengunjung
Sila Tinggalkan Komen Anda
Please Leave Your Message
Kalendar
Kalendar Hijrah
Jumlah Pelawat Sehingga Kini = 69,870 Orang