August 16 2018 05:50:43
Like Pertal Penanti
Like Portal SMK Penanti
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan





Kepimpinan

Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Amin
bin
Senin

Pengarah
Pelajaran Pulau Pinang

Tuan Mohd Jamil
bin
Mohamed

Pegawai Pelajaran Daerah
Seberang Perai Tengah

Tn. Hj. Syed Jaafar
bin
Syed Abd Aziz

Pengetua Cemerlang
SMK Penanti

Tn. Hj. Mohd. Munir
bin
Md Ramli

Manu Utama
Selamat Hari Lahir
H Lahir Guru | H Lahir Pelajar
Teks Doa Mesyuarat PIBG 2018

    TEKS DOA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

    YA ALLAH YA RAHMAN
    Ke hadrat MU doa kami PERSEMBAHKAN,
    Engkau kurniakanlah kami, restu dan keRIDHAAN,
    agar majlis ini, sentiasa mendapat KEBERKATAN,
    sehingga ke hujung majlis penuh KESEMPURNAAN
    di bawah NAUNGAN, Tuhan Maha RAHMAN,

    Dengan kerjasama yang selama ini DITUNJUKKAN, . .
    semua staf, guru-guru, dan ibubapa yang BUDIMAN, . .
    maka kami berkumpul untuk PERMESYUARATAN,
    untuk mencari kesatuan dalam PEMIKIRAN,
    menghurai segala PERMASALAHAN,
    memperkasa segala langkah dan TINDAKAN
    demi satu tujuan dan satu KEMASLAHATAN.
    demi melihat kejayaan sekolah ini dalam semua LAPANGAN

    YA ALLAH YA RAHMAN
    JANGANLAH engkau bebani kami dengan tugas yang tidak mampu kami LAKSANAKAN.
    kerana sesungguhnya tiada daya dan KEKUATAN,
    kerana kami insan kerdil yang tiada KEUPAYAAN
    MELAINKAN..................
    DIKAUlah tempat kami bergantung HARAPAAN,

    LANTAS...........
    Sekiranya engkau inginkan kami mengalas semua TUGASAN,
    kerana engaku mengetahui bahawa kami layak dan berKEMAMPUAN,
    maka BANTULAH kami . . .YA RAHMAN
    untuk mengumpul segala usaha, ikhtiar dan PERMOHONAN,
    mengembeling tenaga penuh KESABARAN,
    bertawakkal dalam setiap usaha dan URUSAN,
    kerana hanya engkau jua yang boleh mengubah qada, qadar INSAN,
    selagi hamba usaha dan ikhtiar dalam segala URUSAN,
    demi memenuhi aginda pendidikan yang penuh dengan CABARAN,
    agar sekolah dan anak-anak kami memperoleh KECEMERLANGAN,
    menjadi kebangaan sekolah, keluarga dan WATAN

    YA ALLAH YA RAHMAN
    Anak-anak kami adalah KEHIDUPAN
    kepada merekalah kami letak HARAPAN
    mereka ibarat nyawa dan BADAN
    sebelum memejam mata dijemput KEMATIAN
    kecemerlangan mereka ingin kami SAKSIKAN
    LASTAS jadikan anak-anak kami ini mencipta KEJAYAAN
    menjadi anak-anak yang berPELAJARAN
    anak-anak penyejuk di mata penawar di kami SEKALIAN
    sihat luaran dan DALAMAN,
    tinggi aklhak, adab SOPAN,
    mengambil berat perkara KEAGAMAAN,
    ibu bapa diutamakan penuh KESAYAGAN,
    guru-guru dimuliakan penuh PENGHORMATAN,
    rakan-rakan dikasihi penuh PERSAHABATAN,
    menuntut ilmu menjadi KEUTAMAAN,
    demi duniawi dan ukhrawi penuh KECEMERLANGAN.

    YA ALLAH YA RAHMAN
    Hidup dan mati ini . . . kepadaMu kami SERAHKAN,
    berbekalkan nadi yang masih berdenyut dijiwa INSAN,
    selagi nyawa dikandung BADAN,
    bisikan doa yang sentiasa DIPANJATKAN,
    bersama titisan air mata KEINSAFAN.

    Ya Allah
    Sekiranya tugas kami sebagai IBUBAPA sehingga tubuh ini berKAFAN
    Sekiranya tugas kami sebagai GURU sehingga bercerainya nyawa dari BADAN,
    kami amat berbangga dengan tugas yang penuh CABARAN,
    tugas suci dan mulia penuh PENGHORMATAN,
    semoga ENGKAU balas pahla sebagai GANJARAN,
    di setiap usaha dan PENGRBANAN,
    demi melihat anak bangsa membesar dengan PENGEATHUAN,
    anak bangsa yang hidup penuh KEMULIAAN,

    Ya ALAAHHHHH
    ENGKAU TAMPUNGLAH segala KEKURANGAN,
    ENGKAU tutuplah segala keAIBAN
    ENGKAU satukan semangat dan TINDAKAN
    ENGKAU perbaiki segala KELEMAHAN
    ENGKAU maafkan segala KEALFAAN
    ENGKAU rungkaikan segala PERMASALAHAN
    ENGKAU iringi segala usaha kami dengan KEBERKATAN,
    Agar yang sukar mendapat KESENANGAN
    Yang berat menjadi RINGAN
    Yang salah dapat diPERBETULKAN
    Yang kusut dapat di HURAIKAN
    Kerana hanya ENGKAU yang Maha MEMPERKENAN
    Segala doa dan PERMINTAAN
    dengan mesyuarat ini sebagai LANTARAN
    demi anak-anak smk penanti, generasi HARAPAN.

    Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn


    EDIT
    Us. Ahmad bin Buang
    SMK Penanti
    Bukit Mertajam, Pulau Pinang
    2 Februari 2018,
    10.45 pg

Pentadbir SMK Penanti
Pengguna ditalian
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1
· Newest Member: admin
Info SMKP
Trafik Pengunjung
Sila Tinggalkan Komen Anda
Please Leave Your Message
Kalendar
Kalendar Hijrah
Jumlah Pelawat Sehingga Kini = 69,872 Orang