November 18 2017 15:27:03
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan





Radio
Tutup Radio > Klik Refresh
Kepimpinan

Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Amin
bin
Senin

Pengarah
Pelajaran Pulau Pinang

En. Shaari
bin
Osman

Pegawai Pelajaran Daerah
Seberang Perai Tengah

Tn. Hj. Syed Jaafar
bin
Syed Abd Aziz

Pengetua Cemerlang
SMK Penanti

Tn. Hj. Mohd. Munir
bin
Md Ramli

Manu Utama
Selamat Hari Lahir
Teks Doa Untuk Pengantin

Full Screen ||  Normal Screen ||  Refresh Screen
Teks Doa Untuk Pengantin

Teks Doa Untuk Pengantin

      SMK Penanti
      Seberang Perai Tengah,
      Pulau Pinang
      SMK Penanti


      TEKS DOA UNTUK PENGANTIN


      DOA PENGANTIN
      2017

      YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
      Kami menadah tangan doa diPINTA,
      memohon restu buat kedua HAMBA,
      pengantin baru, mempelai teruna DARA,
      yang disatukan dengan pernikahan ikatan yang MULIA.

      YA ALLAH...
      Jadikanlah pernikahan ini yang membawa barakah berumah TANGGA,
      pembuka pintu rahmat bagi kedua mempelai serta KELUARGA,
      tempat menempa sabar, syukur serta TAQWA,
      madrasah tempat belajar menjadi semakin DEWASA,
      dan jalan menggapai cinta dan ridha MU Tuhan SEMESTA.

      YA ALLAH...
      Andaikan semua ini layak bagi mereka BERDUA,
      cukupkanlah dan lengkapkanlah sebagai pasangan SEMPURNA,
      saling mencintai di setiap kali BERSAMA,
      saling menjaga dan taat di setiap berjauhan TIBA,
      saling mengingat di setiap lalai dan LUPA,
      saling menghibur di setiap duka NESTAPA,
      saling pelengkap dikala kekurangan yang ADA,
      saling berterima kasih setiap pengorbanan dan JASA,
      saling bermaafan di setiap kesalahan dan ALPA.

      YA ALLAH...
      Jadikan pernikahan MEREKA sebagai mengajar kewajiban BERSAMA,
      isteri menjadi negeri, suami menjadi KOTA,
      isteri menjadi kapal, suami menjadi NAKHODA,
      isteri menjadi malam, suami menjadi PELITA,
      isteri bagaikan anak kecil, suami tempat BERMANJA.

      Suami menjadi penawar diketika isteri menjadi BISA,
      suami menjadi madu diketika isteri mebjadi CUKA,
      suami menjadi hulu diketika interi menjadi KUALA,
      suami manjadi raja diketika isteri menjadi MAHKOTA,
      suami menjadi pemagar diketika isteri menjadi HUMA.

      YA ALLAH...
      Jadikanlah MEREKA pasangan yang SEJAHTERA,
      sentiasa menjaga batas rumah TANGGA,
      sentiasa menutup rahsia BERSAMA,
      sentiasa mengabaikan perkara kecil tanpa PUNCA,
      sentiasa bersabar dengan kerenah pasangan yang KETARA,
      sentiasa berlebih kurang semua hal dan PERKARA,
      sentiasa menjadi pemberi dan PENERIMA,
      sentiasa menerima pasangan seADANYA,
      sentiasa menjadikan perbincangan penyelesai semua SENGKETA.

      YA ALLAH...
      Kurniakanlah kepada MEREKA cahaya MATA,
      zuriayat saleh dan solihat penyejuk diMATA,
      yang mampu mengirim doa ayah dan BONDA,
      keturunan yang menyambung kelangsungan kehidupan sebuah KELUARGA.

      YA ALLAH...
      Kekalkanlah kehidupan MEREKA dalam ketenangan dan BAHAGIA,
      saling berkasih sayang yang di selimuti CINTA,
      saling meghormati pasangan yang berasaskan RAHSIA,
      saling mencari persamaan berdasarkan janji SETIA,
      pasangan yang harmoni kekal sehingga keSYURGA.

      Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn

      Hak Cipta Terpelihara © 2017
      Ustaz Ahmad bin Buang
      SMK Penanti
      19 September 2017
      27 Zulhijjah 1438
      3.45 Petang



      Artikel ini dimuat naik pada : Jumaat, 22 September 2017 @ 2:45 PM

Pentadbir SMK Penanti
Pengguna ditalian
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1
· Newest Member: admin
Info SMKP
Trafik Pengunjung
Sila Tinggalkan Komen Anda
Please Leave Your Comment
Kalendar
Kalendar Hijrah
49,745 Bilangan Pelawat