November 18 2017 15:24:23
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan





Radio
Tutup Radio > Klik Refresh
Kepimpinan

Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Amin
bin
Senin

Pengarah
Pelajaran Pulau Pinang

En. Shaari
bin
Osman

Pegawai Pelajaran Daerah
Seberang Perai Tengah

Tn. Hj. Syed Jaafar
bin
Syed Abd Aziz

Pengetua Cemerlang
SMK Penanti

Tn. Hj. Mohd. Munir
bin
Md Ramli

Manu Utama
Selamat Hari Lahir
Coretan: Nilai Seoarang Isteri

Full Screen ||  Normal Screen ||  Refresh Screen
Puisi dan Seloka: Nilai Seorang Isteri

Puisi dan Seloka: Nilai Seorang Isteri

      SMK Penanti
      Seberang Perai Tengah,
      Pulau Pinang
      SMK Penanti
      22 May 2016
      15 Saaban 1437


      Puisi dan Seloka: Nilai Seorang Isteri


      1. Jodoh Kita
      ==============
      Jodoh ketentuan yang Maha ESA
      jodoh antara perkara RAHSIA
      jodoh kita dengan SIAPA
      jodoh di MANA dan BILA

      Timur barat selatan UTARA
      setiap pelusuk bandar dan DESA
      di dengar di TELINGGA lihat di MATA
      jodoh kita adalah satu ANTARANYA

      Jutaan pasangan bergelar WANITA
      dari wanita berjuta di DUNIA
      dia pilihan mu antara BERJUTA
      dia adalah jodoh mu KETENTUANNYA

      Mengandungkan zuriat penuh PANCAROBA
      melahirkan zuriat mu bertaruh NYAWA
      antara hidup-mati penuh RAHSIA
      pengorbanan ini tiada pertikaianNYA

      2. Kerja Isteri
      ==============
      Dialah ibu dialah BAPA
      isteri multi serbi SERBA
      tiada siapa mampu meniru GAYA
      siapa sanggup mengambil TEMPATNYA?

      24 jam seharian BEKERJA
      tidurnya sentiasa TERJAGA
      rehatnya sedikit CUMA
      rutin harian sudah TERBIASA

      Sihatnya amat di JAGA
      demamnya tiada di RASA
      makan-minum anak di UTAMA
      yang di fikir hanya KELUARGA

      DIALAH jam loceng PENGERA
      penjaga waktu, pemerhati MASA
      penjaga garisan, batu PENANDA
      perakam waktu, jam UTAMA

      DIALAH pembantu rumah PERCUMA
      sekecil hingga sebesar KELUARGA
      segala keperluan di PELIHARA
      sentiasa sempurna kurang TIADA

      DIALAH tukang masak BERANIKA
      berbagai menu berbagai RASA
      pembangkit deria penaik SELERA
      pelayan unik pramusaji SETIA

      DIALAH mencuci mangkuk, BELANGGA
      mengemas dapur, kerusi MEJA
      bilik, tandas, tingkap, TANGGA
      ruang tamu, anjung, BERANDA

      DIALAH mencuci seluar, baju, KEMEJA
      menyapu sampah bertaburan MERATA
      longkang, ranting, dahan BEBUNGA
      keceriaan kebersihan sebati SEJIWA

      DIALAH guru dialah PENDITA
      mendidik anak mu ilmu DUNIA
      agar berjaya menjadi 'MANUSIA'
      hidup berguna dapat di BANGGA

      Ilmu akhiratnya sangat SEMPURNA
      di teladani akhlaknya nan MULIA
      menjadi suluh anak DEWASA
      menjadi bekalan di alam SANA

      DIALAH jururawat berkhidmat SENTIASA
      doktor pakar sibuk SEDIA
      bidan, dukun, jamu SEGALA
      bomoh, jampi serapah, MENTERA

      DIALAH ubat, penawar juga DIA
      ubat mujarab, penyembuh SEGERA
      pengubat hati gundah GULANA
      dialah penghilang duka LARA

      DIALAH pengawas, dialah PENJAGA
      sebagai cctv, pengawal, serta JAGA
      sebagai polis, peguam hakim BICARA
      sebagai pendamai orang PERANTARA

      DIALAH kaunselor bijak BICARA
      penasihat BERGUNA, juru BAHASA
      pakar rujuk tempat BERTANYA
      tempat aduan masalah MENIMPA

      DIALAH bank simpanan SEMASA
      penyelamat terdesak TERPAKSA
      pencukup kekurangan BELANJA
      pelengkap keperluan KELUARGA

      DIALAH teman tidur teman RIBA
      siang malam pagi SENJA
      menjadi tilam, selimut, 'GEBA'
      bantal peluk, dada, KEPALA

      DIALAH teman sehati SEJIWA
      perginya di rindu pulangnya di KIRA
      hilangnya di cari hadir di JAGA
      dukanya di hidu riangnya di RASA

      DIALAH teman di sisi SENTIASA
      teman ketawa teman BICARA
      teman duka teman GEMBIRA
      susah bersabar, senang BERSAMA

      DIALAH penghilang sedih, HIBA
      mak dalang, penglipur LARA
      menerima sedia kekurangan KITA
      tempat menumpang kasih SETIA

      DIALAH ahli nujum ARJUNA
      pandai menelah masalah MENIMPA
      masalah hati boleh di 'RABA'
      silap langkah ...termasuk RAHSIA

      3. Hati Seorang Isteri
      ==============

      a. Keistimewaan
      ==============
      bukankah 'rusuk lelaki' dia di CIPTA.
      akan patah jika tegakkan dgn 'PAKSA'
      akan bengkok jika dibiarkan SAJA
      berlemah lembut itulah CARANYA

      Isteri mempunyai banyak ISTIMEWA
      .semangat, kekuatan LUARBIASA
      tangan lembut menggoncang DUNIA
      syurga anak 'bawah tapak KAKINYA'

      b. Pendam Rasa
      ==============
      Wanita sulit untuk BERKATA
      benci terhadap yang dia SUKA
      hanya tahu, pendam RASA
      patah hati menahan LUKA

      "Pergilah .. di saat kami KATA
      hakikat .. takut kelian TIADA
      jangan jawab..setidak-tidakNYA
      hakikat..kami perlukan BERSAMA"

      c. Hati sensitif
      ==============
      "Perasaan kami selembut SUTERA
      perasaan lebih sensitif TERASA
      jangan salahkan kami SEMATA
      hakikat..tiada ramai yang DUGA"

      "Saat kami marahkan SEMUA
      kami tidak mampu REDA
      terkesan emosi hati TERLUKA
      hakikatnya...sayang SEMUA."

      d. Apa yang disuka
      ==============
      Pemberian sekecil-kecil BENDA
      semudah-mudahnya apa PERKARA
      baginya sesuatu amat BERGARGA
      mereka bangga dan BAHGIA

      Menerima pujian wanita SUKA
      Puji lah wanita sekadar mampuNYA
      walau sekadar 'bagus' ADINDA
      buat hati wanita rasa GEMBIRA

      Ucapan ringkas memberi MAKNA
      ucapan terima kasih UMPAMA
      sudah cukup memberi CERIA
      diri dihargai amat TERASA

      Sebenarnya mudah buat dia SUKA
      mengambil hati kaum WANITA
      kerana apa yang dia mahu HANYA
      perasaan disayangi sepenuh JIWA.

      e. Apa yang tak suka
      ==============
      Jangan beri tahu DIA
      tentang suatu dia tak SUKA
      mereka merasa tidak BERGUNA
      rajuk diri hati MERANA

      Bersikap biasa terhadap WANITA
      dalam melihat suatu PERKARA
      terlalu serius tunjuk di MUKA
      mematikan mood wanita PERKASA

      Jangan suka terjah, duga, TEKA
      ambil kesimpulan suatu PERKARA
      lebih bijak sendiri BERTANYA
      terhindar perkara buruk SANGKA

      f. Air Mata
      ==============
      Senjata wanita adalah air MATA
      bukan kerana dia lemah TENAGA
      ia dapat meluahkan segala RASA
      apa yang ada di dalam DADA

      "Di balik air mata BERHARGA
      kami simpan satu RAHSIA
      maka..kami ingin satu SAHAJA
      hati kami hendaklah di JAGA"

      Ketika wanita rasa KECEWA
      ditunjukkan dengan air MATA
      tersenyum palsu hati BERPURA
      menahan sebak pilu di DADA

      Jangan biar dia menangis HIBA
      kerana ketika menitisnya air MATA
      sebahagian jiwanya pergi BERSAMA
      mungkin takkan kembali SEMULA.

      4. Kesimpulan
      ==============
      Isteri cerminan hidup KITA
      hal di rumah peranan UTAMA
      jika hidup terasa BAHAGIA
      maka bahagia kelihatan di MATA

      Jika masalah tersimpan di DADA
      walau tiada diketahui SESIAPA
      lama kelamaan terhidu JUA
      'bangkai' tiada tertutup dengan PERCA

      Hargailah kehidupan bersama 'WANITA'
      sudah senang harungi BERSAMA
      jangan di perbesar sekecil PERKARA
      rukun, damai, harmoni, BAHAGIA

      Pelayaran, 'kemudi' adalah UTAMA,
      tanggungjawab di bahu ketua KELUARGA
      ego, hipokrat, marah, tiada BERMAKNA
      di hadapan TUHAN dipersiap JAWAPANNYA

      Hak Cipta Terpelihara © 2016
      Ustaz Ahmad bin Buang
      SMK Penanti
      22 May 2016
      15 Saaban 1437
      11.45 AM



      Artikel ini dimuat naik pada : Ahad, 22 May 2016 @ 11:45 AM

Pentadbir SMK Penanti
Pengguna ditalian
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1
· Newest Member: admin
Info SMKP
Trafik Pengunjung
Sila Tinggalkan Komen Anda
Please Leave Your Comment
Kalendar
Kalendar Hijrah
49,739 Bilangan Pelawat