August 16 2018 05:50:25
Like Pertal Penanti
Like Portal SMK Penanti
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan





Kepimpinan

Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Amin
bin
Senin

Pengarah
Pelajaran Pulau Pinang

Tuan Mohd Jamil
bin
Mohamed

Pegawai Pelajaran Daerah
Seberang Perai Tengah

Tn. Hj. Syed Jaafar
bin
Syed Abd Aziz

Pengetua Cemerlang
SMK Penanti

Tn. Hj. Mohd. Munir
bin
Md Ramli

Manu Utama
Selamat Hari Lahir
H Lahir Guru | H Lahir Pelajar
Seloak: Cuti Sekolah Tamat


      Tajuk: CUTI SEKOLAH TAMAT


      ========-::-========

      Pi mai pi mai seminggu tamaT,
      rupanya lepas dah dua jumaaT;
      mau tak mau itulah hakikaT,
      maknanya dah nak 'masuk pejabaT'.

      Seminggu berlalu nampak saT,
      pejam celik habis dah rehaT;
      kalau nak ikut semua nak rgabaT,
      kalau nak ikut nak tambah saaT.

      Cerita cuti..kerja kena ingaT,
      berbagai tugasan kena siap cepaT;
      siap awal dah????..ishhh..nikmaT,
      belum siap???..adusss..musibaT.

      Gamaknya kena siap cepat-cepaT,
      tak boleh buat lambat-lambaT;
      kena siap dalam masa terdekaT,
      kena siap sebelum bos 'hambaT'.

      Pasal kerja...berbagai gelagaT,
      Ada kerja, dah pun habis buaT;
      ada kerja, belum sempat 'lihaT',
      ada kerja, tinggal di pejabaT.

      Ada kerja, tangah 'mengeliaT',
      ada yang pulun sapai terkeliaT;
      ada 'biar lambat asal selamaT',
      ajaibnya..siap, waktu yang 'tepaT'.

      Maklum..cuti seminggu tapi padaT,
      dengan pusing merata ronda ligaT;
      ada yang pi jauh walau 'tak laraT',
      ada yang tak pi mana..'kurang sihaT'.

      Ada ke kampung saudara terdekaT,
      tengok mah ayah, tok nek terlibaT;
      mak cik, pak cik, sepupu sepusaT,
      adik ipar, mak, pak mertua hormaT.

      Jenuh kerabat atur mesyuaraT,
      nak tentu menu untuk kerabaT;
      maklum..saudara jarang melawaT,
      menu istimewa, hidangan beraT.

      Ada yang jalan dekat-dekaT,
      layan anak dengan muka kelaT;
      dok sebut-sebut pasal melawaT,
      "asal cuti..dok rumah"..buat ayaT.

      Januh pulak 'teropong' tempaT,
      beli belah??..biasa sangaT;
      mandi kolam??..segan, padaT,
      apa yang penting..pergi rehaT.

      Ada makan angin naik pesawaT,
      dah lama naik kederaan daraT;
      ada ke timur ada ke baraT,
      nak hilang minda yang penaT.

      Ada yang pergi ke seberang selaT,
      tengok negara yang belum dilawaT;
      ke negara orang, negara sahabaT,
      membeli belah..ukhuwah tambah eraT.

      Ada yang buat kenduri doa selamaT,
      nak himpun saudara-saudara kuaT;
      saudara jauh mahupun yang dekaT,
      nak tunggu raya takut tak sempaT.

      Kenduri kawin pun sakan, hebaT,
      tak menang tangan 'duit nak lipaT';
      ada rumah kawan, sahabat rapaT,
      rumah saudara lagi tak boleh ngelaT.

      Ada nak hilang dendam kesumaT,
      terhadap keluarga yang 'tiada kelibaT';
      maklum..terpaksa berjauhan demi umaT,
      seminggu bersama...rasanya singkaT.

      Apapun sama-samalah berpakaT,
      nak guna peluang yang dapaT;
      sebab..peluang ada kena 'sebaT',
      lain masa takut tak sempaT.

      Walau seminggu..banyak dapat buaT,
      ada yang melancong melihat tempaT;
      ada jalan2 mencari makanan lazaT,
      ada yang dok saja, rehat dan rawaT.

      Sekadar seloka saya buaT,
      nak layan jari, buat manfaaT;
      untuk 'mengena' tak ada niaT,
      tiada maksud tiada tersiraT.

      Kembali bertugas dengan selamaT,
      hari isnin dah mula berkhidmaT;
      berbagai agenda di diary tercataT,
      semoga fokus, ceria penuh semangaT.

      Hak Cipta Terpelihara © 2018
      Al-Faqir, Ahmad bin Buang
      SMK Penanti
      Kubang semang
      Pulau Pinang.
      22 Mac 2018
      4 Rejab 1439
      2.45pm



      Artikel ini dimuat naik pada : Sabtu, 24 Mac 2018

Pentadbir SMK Penanti
Pengguna ditalian
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1
· Newest Member: admin
Info SMKP
Trafik Pengunjung
Sila Tinggalkan Komen Anda
Please Leave Your Message
Kalendar
Kalendar Hijrah
Jumlah Pelawat Sehingga Kini = 69,868 Orang